Kebiasaanya, bagi orang Melayu, mereka lebih sukakan cincin emas kuning sebagai cincin perkahwinan mereka. Ada yang memberikan alasan, kerana ianya lebih menyerlah. Dari jauh lagi, dah boleh nampak.
Namun, jika kita perhatikan trend masakini, ramai pasangan yang memilih emas putih sebagai cincin perkahwinan mereka. Alasannya, lebih elegan & si pemakainya akan nampak lebih muda.
Bagi saya, setiap jenis emas mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia melambangkan citarasa si pemakai. Bak kata orang, cantik ini subjektif. Ada orang nampak emas kuning lebih cantik, ada orang pula kata yang emas putih lebih sweet.
Jika anda masih teragak-agak untuk membeli emas putih atau kuning (kerana anda nampak kedua-dua design sama cantik sama lawa), mungkin tips di bawah boleh anda gunakan:
1. Fikirkan dari sudut praktikal.
Antara kedua-dua jenis cincin, yang mana satu anda rasa lebih praktikal untuk diri anda. Maknanya; adakah anda suka memakai cincin emas putih/kuning setiap hari sepanjang hidup anda?
2. Kesesuaian dengan fizikal anda.
Seperti, warna kulit, bentuk jari (runcing, kurus dan gemuk). Bukan setakat warna emas yang perlu anda fikirkan, malah anda juga perlu perhatikan perincian yang terdapat pada cincin itu; adakah ia sesuai atau tidak dengan anda.
3. Alergi.
Tidak semua orang mempunyai alergi terhadap barang kemas. Tapi bagi sesetengah kulit, mereka alah pada logam selain emas tulen (emas kuning). Buat pengetahuan anda, emas putih adalah campuran emas dengan nikel atau palladium. Sebab itu, bagi yang mempunyai alahan ini, kulit anda mungkin tidak dapat tahan dengan kandungan logam yang dicampurkan dengan emas tulen tersebut.
4. Bajet.
Sebenarnya, harga emas putih dan kuning tidak jauh beza. Kedua-duanya adalah berasal daripada jenis emas yang sama. Tetapi, yang membezakan keduanya mungkin dari sudut perincian. Seperti; jumlah permata, bilangan karat, cara potongan dsb. Walau apa-pun, stick to your badget.
sumber : http://bakalpengantin.com
Bagi pandangan CD Photo... Apapun cincin yang disarungkan ke jari manis pengantin atau bakal pengantin, ianya tetap cantik dan menarik jika ianya dapat diabadikan dengan sentuhan photographer yang baik... Fikir-fikirkan....