Tips Menjaga DSLR

Baca buku panduan yang terdapat bersama kemera anda dan lihat jika terdapat isyarat yang diberikan bagaimana menggunakan kamera.
Antara peraturan am:
# Sentiasa pegang kamera dengan cermat dan berhati-hati kerana ia akan rosak disebabkan hentakan, ketukan atau sebagainya.
# Jangan biarkan kamera anda dimana terdapat cahaya yang sangat terang dan panas seharian.
# Kamera agak kecil dan berharga hendaklah dipastikan sentiasa dijaga daripada dicuri.
# Lindungi kamera anda dari hujan atau air.
# Elak menggunakan kamera dalam keadaan debu ataupun berhabuk.
# Elak menggunakan kamera dengan tangan yang basah atau kotor.
# Keluarkan bateri dari kamera anda sebelum disimpan jika tidak menggunakan kamera itu selama beberapa minggu.

Membersihkan Lensa anda.
Peraturan yang pertama adalah tidak membiarkan lensa menjadi kotor. Ini adalah untuk mengelakkan kesan jari pada lensa. Anda juga boleh membeli peralatan membersihkan lensa dimana adalah lebih baik anda membeli peralatan itu secara berasingan yang terdapat di mana-mana kedai gambar. Antara peralatan yang digunakan seperti:
# Berus pembersih untuk membuang habuk yang melekat pada lensa.
# Kain pembersih lensa untuk mengelap lensa - juga ziplock yang kecil ataupun beg yang seumpamanya untuk menyimpan barangan tersebut.
# Cecair pembersih lensa yang digunakan pada kain pembersih lensa.

Kebanyakkan lensa mempunyai lapisan permukaan yang istimewa yang mudah rosak disebabkan oleh kecuaian dalam kawalan kamera. Oleh itu, anda hanya perlu menyapu permukaan tersebut dengan lembut dengan kain pembersih. Lihat pada lensa kamera anda dengan berhati-hati adn bersihkan tempat yang mempunyai kotoran sahaja. Mulakan dengan membersihkan kawasan yang mempunyai habuk atau kotoran dengan meniup habuk yang melekat pada lensa dan gunakan berus pembersih untuk menghilangkan mana-mana habuk atau kototran yang masih lagi melekat pada lensa.
Jika kotoran masih lagi berada pada lensa, gunakan kain yang dititik dengan cecair pembersih dan lapkan pada kotoran itu tadi.

Penuras perlindungan
Anda harus menggunakan penuras perlindungan yang sesuai dan ditetapkan pada lensa. Adalah lebih sesuai jika anda membeli penuras UV (UV filter) atau penuras 1A atau 1B dan kemudiannya biarkannya di tempat dimana boleh melindungi lensa anda. Jarak atau diameter penuras itu hendahlah ditanda pada lensa atau seperti yang terdapat pada buku panduan. Pastikan penuras sentiasa dalam keadaan bersih seperti juga lensa bagi mengelakkan ia dari rosak atau sebagainya.

Kawalan kamera.
Hampir kesemua gambar boleh dtingkatkan mutunya dengan menetapkan pergerakan badan anda dan juga kamera. Terdapat beberapa tips lain yang boleh dipratikkan bagi mendapatkan kualiti gambar yang lebih baik antaranya ialah :
# Anda adalah digalakkan agar tidak bergerak ketika mengambil gambar dan adalah lebih baik jika anda dapat bersandar pada mana-mana tempat untuk menetapkan posture badan anda.
# Seterusnya, pegang kamera dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan dekatkan dahi dan mata anda pada pemidang tilik kamera. Hanya gunakan LCD pada kamera digital jika tiada pilihan lain atau bagi imej penuh. Tetapkan siku anda pada badan. Pastikan juga tangan anda tidak menghalang lensa dan sebagainya.
# Tekan punat pada kamera dengan lembut dengan perlahan-lahan; pada sesetangah kamera juga terdapat punat tekan separuh (half-press) yang digunakan untuk ‘auto-focus’ dan ‘auto-exposure’, dan anda boleh pegang ia sehingga betul-betul mendapat gambaran yang tepat sebelum mengambil gambar.

Gunakan kaki
Kaki selaras dengan kecekapan otak adalah adalah diantara aksesori bagi seseorang jurugambar. Fotografi adalah mengenai berdiri pada tempat yang betul dan menekan punat kamera pada masa yang tepat.

Buat keputusan sebelum anda mengambil gambar
Biasakan berfikir sewaktu anda ingin mengambil gambar- antara soalan-soalannya seperti:
# Gambar foto apa yang ingin saya ambil?
# Adakah saya berada di tempat atau sudut yang betul untuk mengambil gambar?
# Adakah kamera saya dapat berfungsi dangan baik?

Kebanyakkan kemera automatik pada hari ini banyak membantu anda dalam mengambil pelbagai jenis gambar. Namun, bagi seseorang yang sudah berpengalaman dalam menggunakan perlbagai kamera, anda akan mendapati pelbagai fungsi yang terdapat dalam sesuatu kamera dan hanya perlu memastikan sudut atau posisi yang sesuai bagi mendapatkan kualiti gambar yang baik.

Sudah pasti kamera yang mudah tidak memberi banyak skop untuk diubahsuai tetapi tetap tidak memberhentikan anda untuk mendapatkan gambar yang baik dan yang penting anda perlu tahu teknik-teknik yang betul untuk mendapatkan gambar yang berkualiti.

Sumber : http://www.fotomedia.com.my